KENYATAAN AKHBAR - TINDAKAN PIKET



KENYATAAN AKHBAR

TINDAKAN PIKET OLEH  
KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEMENANJUNG MALAYSIA                                                                                                                                                                                                                                       

Jawatankuasa Kerja MTSU yang telah bermesyuarat pada 12 Januari 2013 di Kuala Kangsar TELAH membuat keputusan untuk melaksanakan keputusan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung MTSU pada 3 November 2012 untuk tindakan berpiket di Putrajaya pada 15 Februari 2013 jam 2.00 petang di perkarangan pejabat YAB. Perdana Menteri Malaysia.

Tindakan ini terpaksa diambil kerana para ahli MTSU amat keciwa dengan tiada sebarang tanda dalam mengumumkan skim baru untuk perkhidmatan teknikal yang telah tidak dikaji semula sejak 20 tahun yang lalu.

Dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan oleh Kerajaan pada bulan Mac 2013, hampir semua penjawat awam khasnya kakitangan teknikal telah menandatangani opsyen menerima SBPA!  Namun demikian ianya telah dibatalkan dengan tujuan penambahbaikan dan Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan sepatutnya telah menyelesaikan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan pada 31 Disember 2012.  Akan tetapi, sehingga hari ini tiada sebarang tindakan positif mengenai pengumuman skim perkhidmatan teknikal.

MTSU inign memohon campur tangan SEGERA  YAB. Perdana Menteri Malaysia dalam menenangkan para ahli MTSU khasnya dan anggota perkhidmatan awam pada amnya dengan mengumumkan SEGERA skim yang bakal menggantikan SBPA dan dikatakan lebih baik daripada SBPA.

Dalam memastikan kejayaan tindakan ini, semua ahli MTSU diminta hadir berama-ramai pada 15 Februari 2013 dalam memohon pengumuman skim yang bakal menggantikan SBPA diumumkan SEGERA.

MTSU juga akan memohon sokongan daripada CUEPACS dan MTUC.  Selain dari itu, sokongan gabungan antarabangsa iaitu daripada UNI Global Network Union dan Building Wood Workers International (BWI) akan dipohon.

Sekian, terima kasih.


SAMUEL DEVADASAN,KMN,AMN,ANS,PMC,PJK
Setiausaha Agung MTSU
b/p. Majlis Jawatankuasa Agung MTSU

 14 Januari 2013

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Ke-10 MTSU Caw. Melaka

SENARAI PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN MTSU

Manfaat Ahli MTSU