Hadiah Pendidikan Tahun 2011
Hadiah Pendidikan Bagi Anak-Anak Ahli MTSU Yang
Cemerlang
Berita baik! Keputusan SPM 2011 telah diumumkan pada 21 Mac 2012!
Ahli-ahli yang mempunyai anak yang telah LULUS
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia dalam tahun
2011 dengan cemerlang dan masih
meneruskan pengajian boleh memohon hadiah pendidikan dari Kumpulan Wang
Kebajikan MTSU.
Mengikut Undang-Undang Kecil Skim Tabung Kebajikan
MTSU, sekurang-kurangnya 10 hadiah pendidikan akan diberikan kepada anak-anak
ahli setiap tahun. Untuk tujuan ini, 4 peratus (%) daripada yuran ahli-ahli
diasingkan. Kebelakangan ini MTSU telah memberi lebih daripada 100 hadiah
pendidikan tiap-tiap tahun.
Mana-mana ahli yang ingin memohon hadiah pendidikan
ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:-
- Hendaklah menjadi ahli MTSU sekurang-kurangnya selama empat (4) tahun secara berterusan ketika menyampaikan permohonannya.
- Hendaklah seorang ahli yang menjelaskan yuran.
- Anak-anak ahli hendaklah lulus PMR/SPM tahun 2011 dan sedang menuntut dalam Tingkatan 4 dalam Sekolah Menengah atau menuntut dalam mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awan atau Swasta.
Permohonan hendaklah disampaikan dalam
- Borang yang ditetapkan dalam dua (2) salinan;
- Satu (1) salinan fotostat keputusan PMR/SPM 2011;
- Penyata gaji terakhir dan
- Salinan kad pengenalan anak ahli (difotostat dengan jelas).
Permohonan perlu dihantar ke Ibu Pejabat MTSU melalui Cawangan pemohon
masing-masing. Borang Permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat ataupun
Setiausaha Cawangan masing-masing.
Semua permohonan mestilah sampai kepada Ibu Pejabat
Kesatuan ini tidak lewat daripada 30 Jun 2012. Ahli-ahli yang telah menghantar
permohonan mereka serta telah menerima akuan penerimaannya daripada Sekretariat
MTSU tidak perlu memohon lagi.
Pemilihan akan dibuat oleh Jawatankuasa Kerja
berdasarkan merit dalam keputusan PMR/SPM. Garis panduan yang disediakan oleh
Jawatankuasa Khas Hadiah Pendidikan yang dipengerusi oleh Sdr. Mohd Shaman Bin
Jaes, Timbalan Presiden MTSU, akan digunapakai oleh Jawatankuasa Kerja.
Ini adalah kerana anak-anak ahli semakin bijak dan
perlembagaan MTSU menjadi sukar di dalam memilih calon yang benar-benar layah
untuk menerima hadiah pendidikan kepada jumlah yang lebih banyak. Walau
bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa Perkara
Am adalah muktamad.
Langkah-langkah juga telah diambil di Persidangan
Tritahunan MTSU yang lepas untuk menyesuaikan perlembagaan MTSU dalam isu
penganugerahan hadiah pendidikan ini.
Tahniah kepada anak-anak ahli yang LULUS dengan cemerlang!
Comments