FAEDAH RAWATAN HOSPITAL


FAEDAH RAWATAN HOSPITAL - Peraturan membuat tuntutan

Seperti mana sedia maklum, Kesatuan memberi faedah rawatan hospital kepada ahli-ahli yang dimasukkan ke hospital.

Seperti semua faedah itu, anda perlu untuk mengikut undang-undang dan peraturan tertentu. Semua tuntutan untuk faedah rawatan hospital hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
(i)   Faedah ini hanya diberi kepad ahli-ahli yang dimasukkan ke hospital Kerajaan atau mana-mana institusi perubatan yang diluluskan.
(ii) Kemasukan ke hospital atau mana-mana institusi perubatan yang diluluskan hendaklah tidak kurang dari 14 hari secara berterusan.
(iii) Bukti kemasukan ke hospital seperti bil hospital, discharge note atau surat pengesahan daripada pegawai perubatan hendaklah disertakan bersama permohonan.

Untuk tujuan ini, ‘Sijil Cuti Sakit’ yang dikeluarkan oleh Hospital Kerajaan atau institusi perubatan swasta tidak boleh diterima sebagai bukti kemasukan ke hospital.

Untuk menjadi layak menerima faedah rawatan hospital, seseorang ahli hendaklah menjelaskan yuran bulanannya. Jika ia berada dalam tunggakan yuran, tempoh tunggakan itu hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan.

(iv)  Permohonan untuk faedah rawatan hospital hanya boleh dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas keluar dari hospital atau institusi perubatan yang diluluskan.

(v)  Permohonan untuk faedah rawatan hospital hendaklah dibuat dengan menggunakan borang tertentu yang boleh diperolehi daripada Setiausaha Cawangan atau Ibu Pejabat Kesatuan
[Download Borang Permohonan Faedah Waktu Sakit disini]

(vi)   Bayaran sebanyak RM50.00 akan diberikan dibawah kemudahan ini adalah ia adalah sekali sahaja dalam satu tahun kewangan.

Tahun kewangan ialah dari 1 April hingga 31 Mac tahun berikutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Ke-10 MTSU Caw. Melaka

SENARAI PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN MTSU

Manfaat Ahli MTSU