HADIAH PENDIDIKAN TAHUN 2016

Hadiah Pendidikan Bagi Anak-Anak Ahli MTSU Yang Cemerlang

Berita baik! Keputusan SPM 2016 telah diumumkan pada 21 Mac 2017!

Ahli-ahli yang mempunyai anak yang telah LULUS peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia dalam tahun 2016 dengan cemerlang dan masih meneruskan pengajian boleh memohon hadiah pendidikan dari Kumpulan Wang Kebajikan MTSU.


Mengikut Undang-Undang Kecil Skim Tabung Kebajikan MTSU, sekurang-kurangnya 10 hadiah pendidikan akan diberikan kepada anak-anak ahli setiap tahun. Untuk tujuan ini, 4 peratus (%) daripada yuran ahli-ahli diasingkan. Kebelakangan ini MTSU telah memberi lebih daripada 100 hadiah pendidikan tiap-tiap tahun.

Mana-mana ahli yang ingin memohon hadiah pendidikan ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:-

  • Hendaklah menjadi ahli MTSU sekurang-kurangnya selama empat (4) tahun secara berterusan ketika menyampaikan permohonannya. 
  • Hendaklah seorang ahli yang menjelaskan yuran. 
  • Anak-anak ahli hendaklah lulus PMR/SPM tahun 2016 dan sedang menuntut dalam Tingkatan 4 dalam Sekolah Menengah atau menuntut dalam mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awan atau Swasta.

Permohonan hendaklah disampaikan dalam
  1. Borang yang ditetapkan dalam dua (2) salinan;
  2. Satu (1) salinan fotostat keputusan PMR/SPM 2016;
  3. Penyata gaji terakhir dan
  4. Salinan kad pengenalan anak ahli (difotostat dengan jelas).
Permohonan perlu dihantar ke Ibu Pejabat MTSU melalui Cawangan pemohon masing-masing. Borang Permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat ataupun Setiausaha Cawangan masing-masing.

Semua permohonan mestilah sampai kepada Ibu Pejabat Kesatuan ini sebelum 30 Jun 2017. Ahli-ahli yang telah menghantar permohonan mereka serta telah menerima akuan penerimaannya daripada Sekretariat MTSU tidak perlu memohon lagi.

Pemilihan akan dibuat oleh Jawatankuasa Kerja berdasarkan merit dalam keputusan PMR/SPM. Garis panduan yang disediakan oleh Jawatankuasa Khas Hadiah Pendidikan yang dipengerusi oleh Sdr. Rahmat bin Ali, Timbalan Presiden MTSU, akan digunapakai oleh Jawatankuasa Kerja.

Ini adalah kerana anak-anak ahli semakin bijak dan perlembagaan MTSU menjadi sukar di dalam memilih calon yang benar-benar layah untuk menerima hadiah pendidikan kepada jumlah yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa Perkara  Am adalah muktamad.

Langkah-langkah juga telah diambil di Persidangan Tritahunan MTSU yang lepas untuk menyesuaikan perlembagaan MTSU dalam isu penganugerahan hadiah pendidikan ini.

Tahniah kepada anak-anak ahli yang LULUS dengan cemerlang!

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Ke-10 MTSU Caw. Melaka

SENARAI PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN MTSU

Manfaat Ahli MTSU